Recent Article

TIADA MELAYU TIADA ISLAM?

"takda melayu takda la Islam." Che Yan agak terkejut membaca satu pos yang menunjukkan seorang ahli Parlimen Langkawi yang memberi komen tersebut. Ramai yang menghentam dan mengeji pernyataan tersebut. Yelah, sekali imbas seolahnya dia nak mengatakan yang kalau Melayu ini tak wujud, tidak ada Islam. Agak berat jugak kalau itulah yang beliau maksudkan. Apa-apa pun che Yan tak cepat melatah. Che Yan terus berfikir apa sebenarnya yang beliau cuba katakan. Pening jugak kepala Che Yan nak fikir masalah ni. Tak besar pun. Tapi dah disebabkan semua orang mempersoalkan apa yang beliau nyatakan, hendak tak hendak Che Yan terpaksa jugak ambil 'port' dalam isu ni. Okay, mula-mula sekali Che Yan tengok apa yang beliau kata. ya, Che Yan setuju kalau semua orang kata pernyataan ni salah. Sebab Islam tetap akan wujud tanpa Melayu. Malah Islam tu mula-mula diturunkan di Semenanjung Tanah Arab, bukan Tanah Melayu, bukan negara China ataupun India. Kenapa? Nanti Che Yan cerita, sebab post ni bukan untuk cerita sirah Islam. Yang tu nanti kita buat post lain. Kalau kita belajar undang-undang (law), kita akan belajar tentang Artikel 160 yang memberi definisi siapa Melayu. Dalam Artikel 160, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang beragam Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat kemelayuan. Jangan marah, jangan mengeji, tapi baca dahulu. Macam ni, ada sebab kenapa nenek moyang kita dulu sibuk-sibuk nak letak Melayu itu sebagai beragama Islam, seolah nenek moyang kita nak kata Islam tu untuk Melayu. Percaya atau tidak, sebenarnya apa yang nenek moyang kita nak dulu bukanlah Islam itu sebagai hak eksklusif orang atau bangsa Melayu, tapi apa yang mereka cuba buat adalah untuk mempertahankan Islam. Bagaimana? Sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa yang dalam sejarahnya memang hebat, dan mempertahankan Islam. Fakta ini jugak diakui oleh Farah Adeeba, personaliti TV9 dalam satu program di UIA baru-baru ni. Tak semua orang tahu kan fakta ni? Ini diakui sendiri oleh seorang crew sebuah rancangan televisyen terkemuka, "Jejak Rasul". Menurut beliau, sejarah bangsa Melayu sebenarnya telah dilarikan oleh orang Barat supaya kita tidak tahu asal usul kita yang sebenarnya, dan bangsa Melayu yang ada di Tanah Melayu kemudiannya di-doktrin dengan ideologi bahawa Melayu ini adalah bangsa yang lemah, yang mundur dan tidak punya agama. Salah, semua tu salah. Menurut crew rancangan tv ni lagi, sejarah Melayu yang tersimpan disebuah perpustakaan di Eropah, dijadikan rujukan eksklusif, maknanya tidak semua orang boleh akses kepada sumber tersebut. Nah, disebabkan kehebatan Melayu inilah nenek moyang kita meletakkan Melayu itu sebagai yang beragama Islam, dengan tujuan mereka dapat memelihara dan mempertahankan agama Islam. Tapi, anasir jahat Barat ini lebih bijak. Dah dilarikan sejarah kehebatan Melayu, maka diajar pulak doktrin yang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa. Sedangkan dia sendiri berbangga menjadi bangsa Barat, berbangga menjadi warganegara sesebuah negara. Nah, kita dilemah dan terus dilemahkan lagi dengan anasir-anasir Barat. Secara tidak langsung, bila kita tidak lagi merasakan yang kita ni sama, sebangsa seagama, maka perpecahan berlaku. Hakikatnya dah berlaku pun. Kita semua boleh lihat dengan jelas perkara ni. Che Yan bukanlah nak sokong pernyataan YB tu, tapi hakikatnya Che Yan nak cakap, kalau kita sesama Melayu berpecah, siapa lagi yang nak mempertahankan Islam kat Malaysia ni? Kita sibuk bergaduh sama-sama kita katanya Islam bukan untuk Melayu semata-mata la, Islam untuk semua la, UMNO perosak Islam la, hakikatnya apa yang kita dah buat untuk pastikan Islam tu kukuh kat Malaysia ni? Adakah dengan kata-kata kita yang cakap Islam tu bukan untuk Melayu semata-mata, UMNO perosak Islam, Islam tu dapat berkembang luas? Tak dan jawapannya sampai bila-bila pun tak. Malah orang bukan Islam kat Malaysia ni menyampah dengan Islam sebab tengok perangai kita. Pernah tak kita fikir benda tu? Mesti tak pernah kan? Kalau tak salah Che Yan, Rasulullah S.A.W. sendiri mengajar kita kalau nak berdakwah ni bukan dengan kata-kata saja, tingkah laku, budi bahasa semua mainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam kepada orang lain. Orang yang kata bangsa tiada nilai, Allah takkan tanya pun kita bangsa apa, Che Yan nak tanya dengan dia, habis tu kenapa Allah jadikan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa? Kan Allah dah kata, yang Dia tidak akan jadikan sesuatu tu dengan sia-sia? Jadi, sapa berani kata bangsa ni takdak nilai, takdak fungsi? Mustahil Allah tetapkan dalam dunia ni ada bangsa Melayu, Cina, India, Arab, Mat Saleh, Iban, Kadazan tanpa sebab? Che Yan nampak satu perkara, Allah jadikan kita ni berbangsa-bangsa bersuku-suku sebab Allah nak kita saling kenal, belajar antara satu sama lain, dan lebih mengenali erti hidup sebenarnya. Tak mungkin kita yang bangsa Melayu tahu masakan India. Jadi, nak buat masakan India kena belajar dengan orang India la. Ilmu masakan tu ilmu jugak kan namanya? Rasanya Che Yan dah cakap panjang lebar pasal isu ni, cukuplah tu. Cuma Che Yan nak cakap, apapun pernyataan yang kita nak buat biarlah ditimbang tara dengan akal, dan hati. Jangan main redah je, kan dah timbul salah faham. Che Yan tak back up YB tu, tapi Che Yan nak inform jugak insan-insan yang keluarkan pernyataan kata bangsa ni takdak kepentingan, ketahuilah pernyataan tu jugak salah. Macam Che Yan cakap, Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. Kalau macam tu, baik Allah jadikan dalam dunia satu bangsa ja, betul tak? Apa pun, yang kita kena ada ilmu, berpandukan wahyu yang benar, al-Quran dan Sunnah. Che Yan pun masih kurang lagi ilmu, banyak lagi nak dipelajari dan dipelopori. InsyaAllah kita belajar bersama-sama, banyak manfaatnya kepada agama kita, bangsa dan tanah air kita yang tercinta.

Review Movie: Paku Pontianak.

Review Movie: Paku Pontianak.

Time dia menari ni agak scary lah. 

Semalam Che Yan berkesempatan menonton Filem Paku Pontianak karya Sutradara Ismail Bob Hashim. Pelakonya pula adalah Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Jalan Cerita Simple: Di awal cerita Adam langgar awek cun.... Instead of bawa awek cun gi hospital bawak awek cun balik rumah... pastu jadikan awek Cun sebagai family kerana awek cun tak ingat diri sendiri... pastu Adam kawin dengan awek cun, walaupun awek lamanya marah dan sihir-sihir sikit kat Adam (tapi tak jalan). Pastu tahu awek cun tu pontianak rupenya.. Pastu Adam cabut paku, awek tu jadi ponti dan terbang keluar rumah. Lepas tu Adam kene sergah dengan awek cun tersebut. Rupe-rupenya Adam bermimpi. Tapi ada pontianak main buaian kat luar rumah Adam.

Another addition to the lovely pontianak family. 


Aduhai: Jalan cerita simple tapi lembap sangat. Tak faham ending. Samada ni semua mimpi atau realiti. Pengembangan karakter tak da langsung. Pak Salleh tu patutnya dihantar ke hospital sebab dia punya tumor dah melampau sangat dah tu.

Ok lah: Uqasha Senrose yang comel telah menyelamatkan cerita ini daripada saya tertidur. :) Efek pun agak ok lah.


LEGENDA KUM KUM





Hari ni nak cerita sebuah legenda. Bukan Legenda Taming Sari, mahupun Legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi namanya pernah menjadi legenda dalam masyarakat Melayu.

  Satu ketika dahulu kita pernah dimomokkan dengan kewujudan Hantu Kum Kum. Namanya tak se-popular Pontianak, Langsuir, Toyol atau Hantu Raya, tapi namanya cukup untuk menggerunkan kita semua.

  Sebelum kita bercerita lanjut pasal legenda si Hantu Kum Kum ni, jom kita teliti serba sedikit latar belakang beliau. Kum Kum berasal dari (bukan dilahirkan) seorang perempuan yang katanya menuntut ilmu hitam untuk menjadi cantik selama-lamanya.Tapi dek kerana melanggar pantang larang, maka bertukarlah ia menjadi hantu yang digambar dan digembar-gemburkan sebagai hantu yang menutup seluruh anggota badannya sehingga tinggal dua biji mata sahaja. Katanya untuk memulihkan kembali dia ke bentuk asal, dia hendaklah mendapatkan 100 (tak tahu pulak botol ke, mangkuk ke) darah perempuan yang masih dara. Jadi, setiap malam hantu ini akan merayau-rayau mengetuk rumah-rumah orang yang ada gadis dara dan memberi salam lebih kurang macam ni bunyinya "assalamualaikum kum." Barangsiapa yang menjawab salam lalu membuka pintu maka tamatlah riwayatnya menjadi habuan si Hantu Kum Kum. 

  Hasilnya, ramailah orang yang takut nak buka pintu bila orang datang ke rumah. Tak kurang pula yang mengusik dengan memberi salam serupa dengan hantu tersebut. 




  Apakah wujud Hantu Kum Kum? Sebenarnya Hantu Kum Kum ini adalah satu bentuk kesedaran dalam masyarakat tentang Islam. Pada ketika itu, kesedaran untuk menutup aurat semakin meningkat. Maka ramai dari kalangan gadis-gadis yang mengenakan tudung labuh dan ada juga yang berjilbab. Bila golongan ini memulakan pemakaian yang sedemikian, maka ada golongan yang pakai mini skirt dan rambut dilepaskan ala-ala iklan syampu Pantene terasa hati. Maka sengaja diwujudkan imej Hantu Kum Kum yang menutup keseluruhan badan kecuali dua biji mata sebagai tanda tidak puas hati mereka terhadap golongan yang bertuduh labuh dan berjilbab, supaya imej mereka rosak pada pandangan masyarakat.

  Kesimpulannya, Kum Kum kini tinggal legenda, sebuah mitos masyarakat Melayu. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


HARI NI KITA LAYAN JIWANG!!!!!

  Kalau dapat dengar lagu zaman 80-an, perghhh layan bro!!! Lagu menusuk kalbu. Walaupun lirik tak segempak mana, ayat-ayat biasa jer yang disusun, dengan irama.. Fuhhh tangkap lentok, lentok habis!!!


Melissa-Cinta untuk Nabila



  Kalau tengah putus cinta, baru break dengan girlfriend or boyfriend, lagu macam ni suits very well. Bukan nak kata apa, nak dibandingkan dengan lagu sekarang, lirik gempak, ayat berbunga tapi tak menusuk ke dalam hati. Entah kenapa. Hehehe.

  Che Yan bukan nak cerita pasal lagu. Tapi Che Yan nak layan jiwang. Maksudnya, nak layan perasaan putus cinta. Putus cinta,mestila kena bercinta dulu kan? Kalau tak macam mana nak putus kalau takde benda nak diputuskan. 

  Tapi nak diceritakan di sini, menurut sebuah buku yang Che Yan baca, cinta bukanlah sesuatu yang menjamin jodoh atau perkahwinan, tapi cinta adalah perasaan ingin menyayangi dan disayangi. Apabila kita sampai suatu tahap yang kita yakin bahawa dia adalah jodoh kita, tapi sebenarnya tidak, maka itulah yang menghasilkan perasaan putus cinta. 

  Bagi pembaca Che Yan, jangan sedih teruk sangat bila putus cinta. Bila tengah bercinta, beringatlah bahawa dia belum tentu akan jadi jodoh kita. Bila kita ada limit macam tu, setidaknya kita sudah bersedia apabila hubungan cinta itu tidak menjadi..

  Sebagai penutup, nah Che Yan bagi beberapa lagu untuk dilayan malam ni. Selamat mendengar!!!

Putra-Kain Cinta Putih

Damasutra-Umpama Mimpi Dalam Mimpi




Pahlawan Keyboard?

Hai, masa-masa genting macam nilah yang banyak isu nak timbul. Bukan nak jugak menyibuk, tapi mungkin perlu beri sedikit teguran dan nasihat moga-moga benda macam ni tak lagi jadi isu. Ada faham?

  Beberapa minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan pencerobohan oleh sekumpulan pendatang dari Sulu. Beberapa anggota keselamatan kita terkorban. Saya taknak cakap panjang pasal maklumat ni. Semua orang dah pun tahu dan faham pasal pencerobohan tu.

  Yang jadi isu sekarang ni, bila ramai rakyat Malaysia yang update status di Twitter, Facebook, dan juga laman-laman sosial yang lain, muncul pula pihak yang mengecam rakyat Malaysia yang rajin mengemaskini status. 

perwira alaf baru!!!





  Mahu atau tidak, kita perlu akui bahawa mereka yang sentiasa mengemaskini info terbaru mengenai sesuatu perkara adalah mereka yang peka, hidup dalam persekitaran dan bukanlah 'kera sumbang' dalam kalangan masyarakat. Walaubagaimanapun, mengemaskini tanpa info yang betul juga adalah sangat menjengkelkan untuk kita. 

  Maksudnya, sebelum anda mengemaskini atau menyebarkan sesuatu berita, pastikan anda punyai info yang cukup lengkap dan sahih sebelum jari jemari anda rancak menari-nari atas papan kekunci menaip bait-bait yang cukup untuk meniup angin kebingungan kepada semua orang.


p/s : Tak salah nak ambil tahu,nak peka kepada keadaan sekeliling; cuma pastikan info anda bernas dan tepat.


Test Footer

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Che Yan Cerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger