BUKU : Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat
1992
1. MUKADDIMAH
Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar
ini. Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan
QISAS itu, namun selaku umat Islam yang bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam
ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang
bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan. Diam tidak bermakna tidak
mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak
juga akan membawa hasil yang baik. Selama ini saya membisu terhadap persoalan
ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi
baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.
Bahkan HUDUD ialah langkah paling terakhir yang patut
dikenakan kepada seorang penjahat setelah segala cara-cara lain tidak lagi
boleh mendidiknya. Macamlah seorang yang berhadapan dgn isteri yg derhaka,
menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah
segala usaha-usaha damai tidak berkesan.
Alangkah kejamnya sesorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha
mendidiknya. Dan lebih-lebihlagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun
kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri
kalau siisterinya itu jahat.
Halnya ini samalah halnya dengan orang baru sahaja
dapat negara atau belum dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana
hendak hududkan rakyatnya.Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam
agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat. Mencegah kemungkaran seperti
yang diajarkan dalam Al Quran ialah dengan:
” Serulah ke jalan Tuhanmu secara hikmah dan dgn contoh
pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dgn mereka dgn cara yang paling baik.”
(An Nahl:125)
(An Nahl:125)
Justeru itu, kejahatan yang berlaku dalam masyarakat mesti
dihadapi dengan cara ini dulu. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH
ini, bukan kerana sengaja tetapi kerana mereka terbiar, tidak diberi faham
dan dididik dengan iman dan Islam, dgn wahyu dan sabda Nabi, secara dekat,
serius dan berterusan.
Segala usaha dimulakan dengan dakwah dan tarbiah terlebih
dulu. Hasil dakwah yang sungguh-sungguh, ternyata ramai umat Islam ini yang
mahu kepada kebaikan-kebaikan yang ada dalam Islam. Cuma selama ini mereka
jahil dan terbiar.
Di peringkat ini hudud bukanlah masanya. Bercakap tentang
hudud dalam suasana masyarakat jahil dan terbiar samalah dengan orang yang
memukul anak kecilnya yang memegang api kerana tidak tahu api itu panas.
Hudud hanya mungkin elok dilaksanakan pada sesorang bila
kedegilannya sudah tidak ada ubat lain lagi. Anak boleh dirotan bila dia tetap
hendak main api bila telah diberitahu dan tahu api itu membahayakan dirinya.
Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh
agar orang jadi baik terlebih dahulu.
Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja
merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah
secara serius dan berterusan
2. PRAKATA
Barangkali inilah masanya yang tepat untuk saya mula berfikir tentang permasalahan tentang hukum hudud ini. Sekalipun saya sendiri dhaif untuk turut campurtangan, kerana sebenarnya saya bukan pakar dibidang ini, namun kalau polemik ini terus dibiarkan, nampaknya HUDUD semakin disalahfahamkan atau disalahgunakan. Maka saya tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan.
Hukum ALLAH mesti dibela. Kebenaran mesti ditegakkan. Saya
kecewa dgn orang-orang yang ghairah sangat menggesa agar HUDUD
dilaksanakan tetapi rupa-rupanya mereka tidak betul-betul serius bersedia
dengan persiapan yang benar-benar konkrit, walaupun sudah berpuluh-puluh tahun
berjuang.
Dan saya terkejut kerana ada pula segelintir umat Islam yang menolak
terus hukum ALLAH ini tanpa hujah yang berasas. Daripada hujah dan
penolakan yang dibuat itu nyata pada kita golongan ini tidak faham tentang
Islam, agama yang dipilih untuk dianutinya itu. Mengapa mereka mengaku menganut
Islam, tetapi kemudiannya mempertikaikan undang-undang Islam?.
Sepatutnya mereka study dulu Al Quran dan Hadis itu sehingga
mereka yakin betul kebenarannya, barulah mengisytiharkan,
“Saya orang Islam dan akan membelanya.”
Apa, mereka ingat ALLAH tidak fahamkah masalah-masalah yg
bakal berbangkit akibat daripada perlaksanaan hudud? Dan kalau ALLAH faham,
apakah ALLAH tidak buat jalan keluar untuk masalah tersebut?
Kalau benarlah begitu, ertinya tidak lengkaplah ajaran Islam
ini. Sebenarnya kitalah yang tidak faham Islam. Memang, kalau tidak belajar,
mana nak faham.
Dalam Islam, sebarang masalah ada jawapannya. Dan
logiknya jawapan Islam itu mengatasi semua logik akal yang terfikir oleh
manusia. Logik yang ALLAH bekalkan dalam wahyu-Nya terasa luar biasa oleh kita,
sebab kita tidak terfikir pun logik itu sebelumnya. Hingga kerana logik Al
Quran ini, kita akan kagum dengan Islam dan merasa bertuah kerana kita menjadi
penganutnya.
Saya dengan izin ALLAH akan cuba menjawab
persoalan-persoalan yg berbangkit tentang HUDUD dalam buku ini. Iaitujawapan
untuk mereka yang terlau ghairah tapi melulu dan jawapan kpd mereka yang
menolak kerana tidak tahu.
Moga-moga kita umat Islam akan mendapat jalan keluar yang
paling baik dan tepat ke arah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam hidup ini.
Semoga dengan itu kita akan selamat di dunia dan Akhirat. Dan moga-moga oarang
bukan Islam pun akan menghormati kita kerana mereka dapat melihat kebaikan dan
kebenaran hukum Islam ini.
ALLAH SWT, sekalipun telah menetapkan hukum hudud namun Dia
tetap seolah-olah mempunyai maksud yang hukum itu bukan untuk menghukum. Tetapi
sekadar untuk menakut-nakutkan sahaja. Saya berani berkata begitu kerana
melihatkansyarat-syarat untuk terlaksananya sesuatu hukum hudud itu begitu
diperketatkan Nya. Hingga hampir-hampir hukum-hukum itu tidak boleh dilaksanakan
kerana terlalu ketat syarat-syaratnya.
Untuk membuktikan kenyataan ini, saya suka membawa contoh
hukuman hudud yang dikenakan kepada penzina. Yakni kesalahan yang mahkamah
tidak boleh terima pemberiaan maaf oleh mana-mana pihak. Kalau sabit kesalahannya,
pesalah mesti dihukum.
Sebab penzina bukan saja bersalah dgn manusia tetapi yang
lebih berat ia bersalah kepada ALLAH. Jadi walaupun mungkin kedua-dua pihak
sama-sama suka melakukan kerja terkutuk itu, namun mereka mesti dihukum.
Begitulah ketentuan syariat.
Firman ALLAH:
“Perempuan yg berzina dan laki-laki yg berzina maka deralah
tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan
kpd keduanya menegah kamu untuk menjalankan agama ALLAH, jika kamu beriman kpd
ALLAH dan hari Akhirat, dan hendaklah (perlaksanakan) hukuman mereka disaksikan
oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)
oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.”(An Nur: 2)
Tetapi mudahkah untuk menangkap seterusnya menghukum
penzina? Saya rasa dengan melihatkan syarat-syaratnya, ia hampir-hampir
mustahil boleh berlaku.
Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
Syarat-syarat itu adalah seperti berikut:
1. Hakim mestilah adil dan bertaqwa
2. Mesti ada empat orang saksi lelaki yang adil.Saksi-saksi
itu pula tidak mencari-cari, mengintai-ngintai, tidak berpakat dan tidak
merancang antara satu sama lain untuk menyaksikan kejadian terkutuk itu.
Saksi-saksi fasik tidak diterima kesaksiannya. Antara
ciri-ciri fasiq ialah berjalan tidak menutup kepala, berjalan tidak berlapik
kaki, makan atau minum berdiri atau berjalan, kencing berdiri dan orang yg
melazimi duduk-duduk dan makan di kedai sedangkan rumahnya dekat.
Orang-orang ini walaupun tidak melakukan dosa, tetapi
dianggap tidak senonoh dan tidak berwibawa. Jadi mereka tidak boleh jadi saksi.
Apalagi kalau dia seorang yg melanggar syariat. Selain itu, kesaksian juga
tidak diterima dari mereka yg berikut:
Orang yang pernah dikenakan hukum hudud qazaf (membuat
tuduhan palsu) sama ada telah menjalani hukuman atau belum. Kesaksiannya tidak
diterima walaupun dia telah bertaubat.
Orang yang murtad
Orang buta
Orang bisu
3. Saksi-saksi mesti menyaksikan dengan mata kepalanya
sendiri akan perlakuan zina itu seperti melihat keris dimasukkan ke sarungnya.
Tetapi kalau setakat melihat pasangan berada di dalam satu selimut atau bercium
atau berpeluk-pelukan atau bersunyian dalam gelap, kesaksiannya ditolak.
Dengan syarat-syarat tersebut,mudahkah ditangkap seorang
penzina untuk dihukum? Kalau saksinya ramai sekalipunsenangkah nak cari saksi
yg warak dan dapat melihat kejadian itu tepat-tepat. Namun, Islam mensyaratkan
wajib empat orang saksi. Kalau tiga orang saksi sahaja, tidak cukup, maka
kes tersebut dibuang.
Kemudian senangkah nak ternampak betul-betul peristiwa
‘keris memasuki sarung itu? Yang mana biasanya hal itu berlaku sangat tertutup
dan tersembunyi. Sekiranya saksi tidak dapat membuktikan betul-betul
kesaksiannya atau kesaksiannya ditolak kerana dia dianggap fasik, bukan saja
tuduhannya ituditolak oleh mahkamah, bahkan saksi berkenaan dianggap orang yg
suka membawa fitnah atau suka membuka aib orang.
Maka akan dikenakan hukuman hudud keatasnya dengan hukuman
rotan 80 kali. Siapa yang berani untuk mudah-mudah menjadi saksi kepada kes
zina, kalau begitulah kemungkinan akibatnya. Dan siapa yang berani untuk
mencari-cari kesalahan orang lain untuk dibawa ke mahkamah?
Pendek kata, kes zina ini memang susah untuk dikesan dan
dihukum. Dalam sejarah yg kita tahu, terlalu sedikit orang yang kena dihukum
kerana zina.Kalau ada pun penzina yg dihukum oleh mahkamah ialah kerana penzina
itu sendiri yang menyerah diri dan mengaku salah.
Yakni lelaki dan wanita yang baik tetapi terlajak melakukan
maksiat. Kemudian ia menyesal. Akhirnya meminta dirinya agar diazab di dunia
supaya selamat dari azab Neraka. Ertinya, pada zaman itu penzina adalah
orang baik, yang terlajak oleh dorongan nafsu. Bukannya orang yang sengaja mahu
berhibur-hibur dengan zina. Atau yang mencari makan melalui zina dll.
Bukti dia baik ialah dia rela menyerah diri padahal dia boleh lepaskan diri.
Tetapi itu tidak dilakukannya kerana dia takut kepada ALLAH- Tuhan yg Maha
Melihat dan Maha Mengetahui!
Dalam masyarakat hari ini, hukum hudud tidak sesuai untuk
dijalankan. Sekalipun zina berleluasa. Ini disebabkan sukarnya
mencari seorang hakim yang adil dan saksi yang warak serta adil. Bila tidak
cukup syarat, maka hukuman tidak boleh dijatuhkan. Kiranya kes-kes zina itu
walaupun memang berlaku tetapi tidak tersabit kesalahannya, sebab tak cukup
syarat, maka penzina-penzina lain akan mengambil kesempatan untuk lebih berani
melakukannya.
Kerana peluang untuk lari dari hukuman adalah besar. Sebab
itu hukuman ini sebenarnya ALLAH turunkan di waktu masyarakat umum sudah
baik-baik belaka. Penjahat-penjahat walaupun ada, hanya sedikit bilangannya.
Itupun orang yg sudah baik atau sekurang-kurangnya sudah malu dgn anggota
masyarakat umum yang sudah baik. Jadi kalaupun lepas dari kes zina, namun
mereka ini sudah cukup malu dan insaf.
Sedangkan masyarakat hari ini, kalau penzina terlepas
dari kes zina namun dia bukannya makin insaf, tetapi makin akan jadi berani.
Sebab dia tak akan begitu malu pada masyarakat yg memang sama-sama tidak baik.
Zina sudah lumrah.Tetapi kalau dia seorang saja anyg berzina, orang lain tidak
pernah didengar melakukannya, baru dia akan rasa malu, terhina dan tersisih dan
insaf.
Mengapa ALLAH ketatkan syarat-syarat ke atas hukum zina? Itu
tandanya ALLAH bukan mahu memalukan hamba-hambanya yg bersalah itu.
Sebaliknya ALLAh mahu tutup-tutup kesalahan itu supaya tidak
terbuka kepada umum dan supaya pesalah tidak menanggung penderitaan yang
menghinakan dari hukuman itu.
ALLAH mahu pesalah terdidik dan bertaubat dari kesalahannya.
Yakni, bila sesorang yang melakukan zina itu ditangkap, kemudian dibicarakan,
tetapi, oleh kerana syarat-syarat untuk dia disahkan berzina oleh mahkamah
tidak cukup, kerana terlalu berat syarat-syaratnya itu, maka sipenzina terlepas
dari hukuman.Maka apa yg sepatutnya dirasakan ialah, ALLAH telah melepaskannya
dari azab yg mengerikan itu.
Tetapi sengaja ALLAH beri peluang untuk ia hidup lagi atau
terlepas dari hidup terseksa. Hatinya tentu akan rasa berterima kasih yg tidak
terhingga pada Tuhan Yang Maha Baik itu, lantas ia pun bertaubat dengan
sebenar-benar taubat.
Bijaksananya ALLAH mendidik hamba-hamba-Nya secara halus
dengan melepaskan penzina dari hukuman. Hingga kerana itu penzina
mengalami kesan psikologi yang mendalam. Dia sangat insaf dengan perlindungan
dan kasih sayang ALLAH. Sedangkan kalau dia dihukum, kesan tidak begitu
dirasakan.
Cuma dia merasa patutlah dia terhukum sebab memang dia
bersalah. Hal ini hanya mungkin berlaku pada pesalah yang hatinya sudah pernah
tunduk pada kebenaran dan tarbiah. Cuma untuk seketika ia lalai dan terikutkan
nafsu. Juga padahati yang sudah dikepung oleh masyarakat yang soleh dan
solehah.
Tetapi dalam masyrakat hari ini, yang hati-hatinya sudah
degil dan ingkar, susah untuk insaf dengan didikan halus oleh ALLAH itu. Bahkan
kiranya terlepas dari hukuman, mungkin dia rasa satu kemenangan.
Dan peluang untuk mengulangi kesalahan masih terbuka.
Sebagai kesimpulannya, saya tegaskan sekali lagi bahawa sesungguhnya hukum
hudud yang dikatakan menakutkan itu sebenarnya penuh kasih sayang, pendidikan,
kebaikan dan keuntungan bagi masyarakat umum dan juga pada individu pesalah.
Ia sebagai satu kaedah pendidikan yang terakhir kpd
sebahagian kecil anggota masyarakat Islam, yang tidak dapat dijinakkan nafsunya
oleh dakwah dan tarbiah. Apabila pencuri dan pembunuh dimaafkan di mahkamah dan
apabila penzina terlepas dari hukuman kerana syarat-syarat terlalu ketat, maka
hal itu akan memberi malu dan menginsafkan pesalah-pesalah. Maka dengan cara
itu terbinalah akhirnya sebuah masyarakat idaman yakni:
“Negara yang baik (aman dan makmur) dan Tuhan yang Maha
Pengampun (penduduknya mendapat keampunan ALLAH) ( Saba’: Ayat 15)
Perlu diingat sekali lagi, bahawa hukuman ini sekalipun sudah
ada dalam AL Quran sejak 1,400 tahun lalu, namunperlaksanaannya hendaklah
dibuat sesudah program dakwah dan tarbiah selesai dalam masyarakat. Dan
sesudah persediaan-persediaan lain diwujudkan seperti yang telah disusun atur
oleh Rasulullah SAW dalam langkah-langkah perjuangannya. Dahulukan soal-soal
fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama.Ini juga sudah lebih dulu ada dalam
Al Quran.
Tertib ini jangan diubah-ubah demi tercapai hasil yang tepat.
Bila kerja-kerja berhubung dgn fardhu ain dan fardhu kifayah yg utama selesai
dan berhasil, barulah disempurnakan atau dipagari hasil-hasil baik itu dengan
hukuman hudud. Segala yang saya bentangkan ini adalah rakaman sejarah.
Dan kalau kita mahu melihatnya dgn mata kepala sendiri, demi
keyakinan yang mendalam, tidak cukup dengan cerita dan teori ini. Justeru orang
lain pun boleh bercerita dan mencipta teori-teori ilmiah yang belum terbukti.
Maka supaya benar-benar menjadi pengalaman bersama, mari
kita cuba laksanakan langkah-langkah perjuangan itu mengikut susun atur yang
tertib secara istiqamah, sistematik dan syumul.
Disana nanti baru kita akan faham maksud-maksud tersirat
ALLAH, hikmah dan falsafah yg mendalam tentang ajaran-ajaran dan hukum-hukum
ALLAH. Tanpa praktik dan pengalaman, kita akan sentiasa berselisih disebabkan
pendapat yg berbeza-beza, yang biasanya lahir dari nafsu, syaitan dan kejahilan
yang kita pertahankan.
3. HIKMAH HUDUD
Sejarah telah mebuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu
peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan
keluar kepada masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yang lampau orang
kafir pun menerimanya. Bagi orang beriman, hukum HUDUD dirasakan satu anugerah
yg mengandungi nikmat. Kerana ia memberi dua faedah yg besar:
1. Ia seolah-olah pagar yang mengawal tanam-tanaman dari
serangan binatang-binatang yang hendak memakannya. Yakni HUDUD membersihkan
masyarakat daripada orang-orang jahat yang mahu mengganggu keselamatan dan
kebaikan insaniah dan material yang mereka telah cetuskan.
2. Bagi orang-orang yang melakukan kejahatan sama ada
sengaja atau tidak, mereka diberi jalan keluar untuk lepas dari hukuman
Akhirat. yang mana dosa yang sudah dihukum di dunia (secara HUDUD) tidak lagi
dihukum di Akhirat.
Di sinilah menunjukkan betapa pentingnya perlaksanaan hudud
didahului dengan kesedaran iman dan kefahaman Islam. Sebagai pagar, maka hukum
HUDUD hanya mungkin dilakasanakan setelah segala anak benih kebaikan
selesai ditanam dan tumbuh dengan subur didalam masyarakat .Orang tidak pernah
buat pagar dulu sebelum benih-benih tanaman ditanam.
Dan lagilah tidak pernah berlaku orang yang buat pagar untuk
memagari lalang. Ertinya hukum hudud itu ditegakkan dalam masyarakat yg sudah
baik-baik demi mengawal kebaikan daripada dirosakkan oleh orang-orang jahat
yang sudah tidak dimakan ajar.
Sebaliknya, kalau hukum hudud ditegakkan dalam masyarkat
yang majoriti belum baik, maka fungsinya yang sebenar tidak akan berjalan.
Sebaliknya hudud akan jadi ‘bala’ dalam masyarakat, yakni masyarakat
akan hiruk pikuk dengan hukum, denda, seksa dan lain-lain yang tidak kenal
rehat. Hingga masyarakat itu nampak begitu kejam dan tidak ada kedamaian dan
kasih sayang lagi.
Pagar hanya tahan mengawal dua tiga ekor lembu tapi kalau
sudah beribu-ribu ekor lembu, pagar boleh roboh dibuatnya.Sedang dalam
masyarakat yang sudah dididik iman dan taqwa, hukum hudud yang diancamkan itu
akan benar-benar memberhentikan maksiat.
Cukuplah sekali tangan seorang pencuri itu dipotong dan
dipamerkan untuk diambil pengajaran oleh orang-orang lain, maka hasilnya, tidak
berlaku lagi sebarang kecurian dalam masyarakat itu.
Tapi hari ini, masayarakat masih liar, bukan saja tangan
dipotong, kalau kepala dipotong pun nescaya tidak membuatkan orang lain
“bercuti” dari kejahatan.
Sebaliknya orang-orang jahat itu akan mengejek-ejek mengatakan Islam itu kejam, zalim dll.
ALLAH minta kita lakukan amar makruf dulu kemudian barulah
nahi mungkar. Yakni tegakkan kebaikan dulu baru cegah kemungkaran. Bukannya
ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha-usaha mengajak
kebaikan tidak diberi perhatian serius. Hukum hudud yg ALLAH sudah
tetapkan dalam Al Quran adalah satu kaedah menghukum yang sungguh tinggi nilai
dan hikmahnya. Ia lebih bijak, lebih tepat dan lebih adil dari
“hudud-hudud duniawa” yang dicipta oleh manusia.
Contohnya dalam kes curi, ALLAH menetapkan hukumannya iaitu
dipotong tangan.Manakala mengikut peraturan manusia, pencuri dihukum penjara
atau denda. Mana lebih bijak dan adil? Pencuri yg mencuri kerana sengaja
bukannya terpaksa atau terdesak, tidak akan dapat diubat penyakitnya itu hanya
dengan penjara atau denda. Bagi pencuri yang pakar, hukuman denda
mendorong dia untuk lebih kreatif dan aktif mencuri.Maka akan lebih ramai orang
yang diseksanya kerana kehilangan harta. Oleh itu, supaya pencuri benar-benar
rasa betapa sakitnya orang-orang yg dicuri hartanya itu, sipencuri mesti
disakiti dengan kesakitan yg setimpal. Yakni hilangkan atau ‘curi’ tangannya.
Tetapi ALLAH tidak perintahkan dipotong kaki pencuri,
walaupun kaki turut terlibat dalam mencuri. Sebab potong kaki agak keterlaluan,
kerana itu mengambil atau menghilangkan kehidupan si pencuri kerana tidak boleh
bergerak lagi. Sedangkan akibat mencuri itu bukan sampai orang yang kena curi
itu tidak boleh hidup lagi. Demikianlah sukatan hukuman hudud, ia betul-betul
setimpal dan berpada dengan kesalahan seseorang. Jelas ini menunjukkan tujuan
hudud ialah agar pesalah merasa kesakitan yang seimbang dengan kesalahannya ke
atas orang lain.
Jangan kita rasa hukuman hudud ini kejam. Sebab hukuman itu
sama timbangannya dengan kekejaman yang dilakukan oleh pesalah terhadap orang
lain. Demikianlah halnya dengan hukum-hukum yang lain dalam Islam. Sudah ALLAH
sukat dan tetapkan dengan jelas dan terperinci. Ia tidak boleh ditukar ganti,
dirombak, dipinda dan dipersoalkan. Kita cuma dibenarkan mencari hikmahnya
untuk kita lebih yakin dengan hukum ALLAH.
Diantara hukuman-Nya yg telah tetap tidak boleh berubah-ubah
lagi ialah
Hukuman pancung kepada orang yang tidak sembahyang tiga
waktu berturut-turut tanpa uzur syar’i sesudah dinasihatkan.
Hukum qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka.
Hukuman sebat kepada orang yang membuat fitnah
Hukuman rotan 100 kali pada penzina yang belum kahwin,
direjam sampai mati pada penzina yang  sudah kahwin.
Hukuman rotan 80 kali kpd orang yang menuduh orang berzina
tanpa bukti yang cukup.
Rotan 80 kali untuk peminum arak
Terhadap kesalahan-kesalahan yang ALLAH tidak tetapkan hukumannya,
cuma menyerahkan kepada bijaksana hakim untuk menjatuhkan hukuman agar seimbang
dengan kesalahan, itu dinamakan hukum ta’zir. Yakni pesalah diberi malu.
Cara-cara memalukan itu boleh berbeza-beza bergantung kepada siapa pesalah dan
apa kesalahan. Hukuman ta’zir yg biasa dilakukan ialah diarak
keliling bandar serta diconteng mukanya. Atau dipamerkan, didenda, dikerah
kerja berat, dipenjara, diikat ditiang tempat lalu lalang umum dll.
Tujuannya supaya dia benar-benar rasa malu dan terhina
sehingga dia serik untuk mengulang kesalahan yang dilakukannya. Perlu diingat
bahawa hukuman ini sama hebatnya dengan kesalahan yg dibuat.Jadi tak timbul
istilah kejam dsbnya. Pesalah sendiri akan mengaku nanti:
“Beginilah hebatnya kekejaman yang aku lakukan. Dan hukuman
di Akhirat lebih dahsyat lagi. Biarlah aku dihukum di dunia.”
Sebenarnya ‘hudud dunia’ ini lebih kejam. Ada orang
ditangkap tanpa dibicara. Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih
bermaksud untuk mendidik orang-orang yang tidak terdidik dengan nasihat
dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham
yang sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir
tentang perasaan dan keperluan orang lain.Sebagaimana dia tidak sanggup
disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya
akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan
seimbang.
Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak
menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam.Siapakah yg
lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Sedangkan kita hendak menghukum anak yang kita sayangkan itu
pun kita tidak pasti apakah hukuman benar-benar boleh menghentikan
kejahatannya. Susah kita hendak adil. Apa lagi terhadap orang yang tiada
sangkut-paut dengan kita. Kalau begitu, janganlah terlalu berani untuk
mempertikaikan ketetapan ALLAH!. Konon bangsa asing akan takut hudud. Inipun
satu andaian tanpa asas. Yang lebih banyak salah dari betulnya.
Sebenarnya bangsa asing yang cerdik dan rasional lebih
terbuka dalam menerima sesuatu hukuman daripada orang Islam yang sudah
rosak imannya.Buktinya,orang asing boleh terima hukum penjara, hukum
bunuh, hukum sebat, hukum gantung dll yg dibuat di dunia selama ini. Kalau
hukum bunuh pun dapat diterima, masakan hukum potong tangan dan rejam ditolak? Sedangkan
kebaikan akan dapat dirasai oleh masyarakat lebih besar darinya dari tangan
yang dipotong itu.
Bahkan saya yakin orang asing itu pun suka kalau pencuri
dari bangsanya yang sudah tidak boleh diubat lagi, dipotong saja tangannya
supaya harta mereka tidak dicuri lagi dan kesejahteraan masyrakat terjamin.
Dalam sejarah Islam, hukum hudud yg dijalankan tepat mengikut cara dan
peraturan yang ditentukan oleh Islam, telah memberi kesan yg sungguh baik.
Yakni sesudah hukuman dijatuhkan kepada pesalah yg menyerah
diri, kesalahan yang sama tidak berlaku lagi dalam masyarakat untuk beberapa
tahun. Keamanan dan kestabilan dan ketenangan hakiki benar-benar dirasai
oleh masyarakat. Inilah berkatnya hukum ALLAH dan sempurnanya peraturan hidup
Islam.Tetapi kalau syarat-syarat tidak dipenuhi, tidak melalui tarbiah dan
asuhan anyg istiqamah, memang ia nampak terlalu berat dan mustahil.
Makan nasi pun kalau tidak ikut peraturan dari awal hingga
akhirnya akan menyusahkan kita walaupun lauknya sedap. Demikianlah dengan hukum
hudud. Ia jadi rahmat kalau dilakukan ikut caranya. Tetapi akan jadi aneh kalau
diletak bukan pada masa dan tempatnya.
4. Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh
ALLAH dalam AlQuran dan Hadis kadar hukuman-nya (seksaannya) keatas
kesalahan-kesalah jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok
atau mengurangkannya. Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini
adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu
ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis
kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan
bentuk hukuman.
Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan
dgn kesalahan yg dilakukannya.Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir.Bahkan
kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup
syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau
buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan
yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf
dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal
inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah
benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya
dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.
Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak
boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat.Tujuan ALLAH
menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg
telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drp diganggu atau dirosakkan
oleh segelintir penjahat. Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui
ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman.
Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian
terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau
ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan.Tetapi lihat kebaikannya yg
menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau
mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya
yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi
anggota-anggota yg lain.
5. PERSOALAN QISAS
Hukuman-hukuman ALLAH sebenarnya mempunyai kebaikan yang
cukup banyak. Lihatlah firman-Nya:
“Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang
yang mempunyai akal, moga-moga kamu bertaqwa.”
(Al Baqarah:179)
(Al Baqarah:179)
Saya akan cuba mentafsirkan ayat ini dengan menggunakan ilmu
yang ALLAH berikan. Ukuran kadar hukuman yg ALLAH tentukan itu boleh
menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadi adalah begini: Hidupnya
jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yg telah dijatuhi hukuman tiba-tiba
dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu. Mulanya pesalah sudah kecewa
sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong.
Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul
dipengapakan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak
keluarga yg menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah
benar-benar menjalankan hukum yg berat itu pada pesalah. Kerana orang yang
bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun
mereka itu juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana pesalah patut juga
disusahkan, tetapi si Mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah
diseksa dgn pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun
sudah menyeksakan. Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakawa sudah dapat
menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentuhikmah
ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu kpd mereka. Kalau mereka
membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan
itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di
sisi ALLAH.
Dengan itu akhirnya, seperti yg selalu terjadi dalam sejarah
Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang
mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap
kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma
hukuman ta’zir yang agak ringan.
Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh
orang-orang yng dia telah bersalah, jiwanya yg mati tadi hidup kembali bersama
keinsafan yg mendalam. Kalau tadi,dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan
pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan
dan kekesalan.
“Aku telah menzalimi orang-orang yang cukup baik
padaku.  Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan
nyawaku, tanganku dan kehormatanku. Mereka telah membela keluargaku dari
kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan
aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini.”
Demikianlah lebih kurang hati manusia akan berbicara
terhadap dirinya disaat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yg sudah
pasti.
Itulah kehidupan yg ALLAH maksudkan. Dan ia bukan khayalan
penulis tetapi realiti sejarah yg sering berlaku dikalangan masyarakat Islam
dalam melaksanakan hukuman hukuman yang ALLAH tentukan itu. Kisah begini
mungkin asing pada pembaca kerana ia hampir tidak pernah berlaku dalam
masyarakat kita. Lebih-lebih lagi mahkamah di Malaysia dan di dunia hari ini
memang tidak menerima pemberiaan maaf ke atas pesalah. Maka tidak pernah
berlakulah pesalah diinsafkan oleh kemaafan pihak yang dia telah bersalah.
Sementelahan pula hari ini mana ada hati yang rela memaafkan
kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga
mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan.
Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang
hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia.
Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yg
sementara itu. Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu
memaafkannya. Hasil dari tu pula pesalah turut diselamatkan dari terus dari
jahat. Itulah maksud hudud yang sebenarnya.
Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu
besar disebalik kesusahan yang ditentukan-Nya. Benarlah firman-Nya:
“Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.”
(An Nasyrah:5-6)
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan.”
(An Nasyrah:5-6)
Sebaliknya, kiranya pesalah terpaksa menjalani hukumannya
pun, kerana tidak dimaafkan, itu tetap membawa kebaikan padanya dunia dan
Akhirat.
Di dunia, hukuman itu cukup menghina dan memalukan serta
menyeksakannya sehingga ia serik, insaf dan terdidik sepanjang masa. Ukuran
seksaan itu cukup-cukup untuk ia terasakan pendidikan itu. Tidak lebih dan
tidak kurang. Kalau lebih, dia dihantui oleh rasa tidak puas hati. Kalau
kurang, dia masih berani untuk melakukan lagi. Tetapi kalau tepat-tepat
betul, dia tidak boleh mengelak dan mengakui kesalahan dirinya.
Hatinya akan merintih,
”Sebagaimana terseksa orang lain kerana aku, maka padanlah
dengan apa yang kutanggung ini.”
Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari
hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu. Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi
perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu,
sihamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Terima Kasih, Ya
ALLAH, kerana kasih sayang-Mu yg mahal itu.
Dalam masa yang sama, hukum hudud yang dijalankan pada
seseorang mendidik orang lain agar takut untuk membuat jahat. Mengapa
hukum-hukum lain yang bukan hukum hudud hari ini tidak pun membuatkan orang
lain takut untuk buat salah? 
Bahkan makin diketatkan, jenayah dan maksiat makin
berleluasa. Kalau begitu apa dalilnya untuk kita mengatakan hudud mampu
menakutkan penjahat lain dari membuat kesalahan?
Hujah saya begin i: Hukum hudud ALLAH datangkan untuk
masyarakat yang majoritinya sudah terdidik dengan dakwah dan tarbiah Islamiyah.
Masyarakat yang baik-baik, yang telah mencetuskan bermacam-macam kebaikan dalam
masyarakat sama ada tamadun lahir atau tamadun maknawiah seperti iman, ilmu
pengetahuan, akhlak dll.
Maka untuk mengawal tamadun ini dari gangguan atau
dirosakkan oleh penjahat-penjahat yang masih ada sedikit-sedikit lagi dalam
masyarakat sama ada sengaja atau terdorong oleh nafsu, didatangkanlah hukum
hudud. Dengan kata lain, hukum hudud datang untuk masyarakat yang sudah
baik-baik, yang penjahatnya sudah tidak ramai. Yang peluang-peluang kejahatan
juga tidak ada dan penjahat pun sudah tahu bahawa perbuatannya adalah kerja
terkutuk. 
Dalam keadaan ini, bila dilihat saudaranya terhukum teruk akibat
kejahatannya, dengan mudah saja menakutkan dan menginsafkannya. Hatinya mudah
untuk insaf dengan melihat hukuman itu. Akibatnya, masyarakat selamat dari
kejahatannya, maka hiduplah jiwa, fikiran dan fizikal mereka.
Manusia boleh terus menyambung hidupnya. Ini satu lagi
maksud yg terdapat dalam firman ALLAH di atas.
Tetapi dalam masyarakat hari ini, hukuman apa pun tidak akan
membuat penjahat takut dan berhenti dari kerjanya.Sebab penjahat menganggap
kerjanya baik untuknya. Dianggap bidang tugas yang patut diusahakan.Kejahatan
dianggap baik. Kalau tutup satu pintu darinya, dia akan cari pintu kejahatan
yang lain pula. Hatinya sudah cukup rosak.
Sebabnya, disamping tarbiah Islamiah memang tidak pernah
didengarnya, dakwah pula disekat-sekat dan dibuat bermusim-musim. Keadaan
sekitar juga membantunya. Masyarakat dilihatnya lebih kurang sama saja dengan
dia. Masyarakat tidak membuat dia rasa terlalu bersalah. Bahkan kalau dia boleh
lepas dari hukuman, itu nasib baik bagi dia. Dilihat ada orang yang
bersalah dilepas dari hukuman kerana dia orang besar atau anak orang besar. Maka
dendamnya pada ketidakadilan itu membuatkan dia lebih berani dan nekad untuk
buat salah lagi. Kalaulah hukum hudud dijalankan dalam masyarakat
hari ini, yang majoritinya orang-orang jahat, saya kira dia tidak boleh
berfungsi sebagaimana sepatutnya, seperti yg ALLAH maksudkan. Sepertilah kita
pukul anak yang tidak sembahyang sebelum mendidiknya. Pukulan itu tidak
bernilai jadinya. Bahkan anak itu rasa teraniaya dan ayahnya dikatakan kejam.
Orang yang tidak faham pun simpati dengannya dan turut mengatakan hukuman Islam
tidak adil. Kalau begitu, jadikah hukuman itu amal soleh dan membawa kebaikan
seperti yg diharapkan?
Lebih-lebih lagi dalam masyarakat hari ini, kalau hukum
hudud dijalankan, maka ramailah orang besar-besar dan yang berkuasa yang
akan terlepas. Tetapi golongan bawahan yang akan ramai terkena hukuman. Kerana
tiada siapa yang hendak melindunginya.
 


 
 
 
 
 
 
 
 
0 comments:
Post a Comment