Recent Article

TIADA MELAYU TIADA ISLAM?

"takda melayu takda la Islam." Che Yan agak terkejut membaca satu pos yang menunjukkan seorang ahli Parlimen Langkawi yang memberi komen tersebut. Ramai yang menghentam dan mengeji pernyataan tersebut. Yelah, sekali imbas seolahnya dia nak mengatakan yang kalau Melayu ini tak wujud, tidak ada Islam. Agak berat jugak kalau itulah yang beliau maksudkan. Apa-apa pun che Yan tak cepat melatah. Che Yan terus berfikir apa sebenarnya yang beliau cuba katakan. Pening jugak kepala Che Yan nak fikir masalah ni. Tak besar pun. Tapi dah disebabkan semua orang mempersoalkan apa yang beliau nyatakan, hendak tak hendak Che Yan terpaksa jugak ambil 'port' dalam isu ni. Okay, mula-mula sekali Che Yan tengok apa yang beliau kata. ya, Che Yan setuju kalau semua orang kata pernyataan ni salah. Sebab Islam tetap akan wujud tanpa Melayu. Malah Islam tu mula-mula diturunkan di Semenanjung Tanah Arab, bukan Tanah Melayu, bukan negara China ataupun India. Kenapa? Nanti Che Yan cerita, sebab post ni bukan untuk cerita sirah Islam. Yang tu nanti kita buat post lain. Kalau kita belajar undang-undang (law), kita akan belajar tentang Artikel 160 yang memberi definisi siapa Melayu. Dalam Artikel 160, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang beragam Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat kemelayuan. Jangan marah, jangan mengeji, tapi baca dahulu. Macam ni, ada sebab kenapa nenek moyang kita dulu sibuk-sibuk nak letak Melayu itu sebagai beragama Islam, seolah nenek moyang kita nak kata Islam tu untuk Melayu. Percaya atau tidak, sebenarnya apa yang nenek moyang kita nak dulu bukanlah Islam itu sebagai hak eksklusif orang atau bangsa Melayu, tapi apa yang mereka cuba buat adalah untuk mempertahankan Islam. Bagaimana? Sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa yang dalam sejarahnya memang hebat, dan mempertahankan Islam. Fakta ini jugak diakui oleh Farah Adeeba, personaliti TV9 dalam satu program di UIA baru-baru ni. Tak semua orang tahu kan fakta ni? Ini diakui sendiri oleh seorang crew sebuah rancangan televisyen terkemuka, "Jejak Rasul". Menurut beliau, sejarah bangsa Melayu sebenarnya telah dilarikan oleh orang Barat supaya kita tidak tahu asal usul kita yang sebenarnya, dan bangsa Melayu yang ada di Tanah Melayu kemudiannya di-doktrin dengan ideologi bahawa Melayu ini adalah bangsa yang lemah, yang mundur dan tidak punya agama. Salah, semua tu salah. Menurut crew rancangan tv ni lagi, sejarah Melayu yang tersimpan disebuah perpustakaan di Eropah, dijadikan rujukan eksklusif, maknanya tidak semua orang boleh akses kepada sumber tersebut. Nah, disebabkan kehebatan Melayu inilah nenek moyang kita meletakkan Melayu itu sebagai yang beragama Islam, dengan tujuan mereka dapat memelihara dan mempertahankan agama Islam. Tapi, anasir jahat Barat ini lebih bijak. Dah dilarikan sejarah kehebatan Melayu, maka diajar pulak doktrin yang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa. Sedangkan dia sendiri berbangga menjadi bangsa Barat, berbangga menjadi warganegara sesebuah negara. Nah, kita dilemah dan terus dilemahkan lagi dengan anasir-anasir Barat. Secara tidak langsung, bila kita tidak lagi merasakan yang kita ni sama, sebangsa seagama, maka perpecahan berlaku. Hakikatnya dah berlaku pun. Kita semua boleh lihat dengan jelas perkara ni. Che Yan bukanlah nak sokong pernyataan YB tu, tapi hakikatnya Che Yan nak cakap, kalau kita sesama Melayu berpecah, siapa lagi yang nak mempertahankan Islam kat Malaysia ni? Kita sibuk bergaduh sama-sama kita katanya Islam bukan untuk Melayu semata-mata la, Islam untuk semua la, UMNO perosak Islam la, hakikatnya apa yang kita dah buat untuk pastikan Islam tu kukuh kat Malaysia ni? Adakah dengan kata-kata kita yang cakap Islam tu bukan untuk Melayu semata-mata, UMNO perosak Islam, Islam tu dapat berkembang luas? Tak dan jawapannya sampai bila-bila pun tak. Malah orang bukan Islam kat Malaysia ni menyampah dengan Islam sebab tengok perangai kita. Pernah tak kita fikir benda tu? Mesti tak pernah kan? Kalau tak salah Che Yan, Rasulullah S.A.W. sendiri mengajar kita kalau nak berdakwah ni bukan dengan kata-kata saja, tingkah laku, budi bahasa semua mainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam kepada orang lain. Orang yang kata bangsa tiada nilai, Allah takkan tanya pun kita bangsa apa, Che Yan nak tanya dengan dia, habis tu kenapa Allah jadikan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa? Kan Allah dah kata, yang Dia tidak akan jadikan sesuatu tu dengan sia-sia? Jadi, sapa berani kata bangsa ni takdak nilai, takdak fungsi? Mustahil Allah tetapkan dalam dunia ni ada bangsa Melayu, Cina, India, Arab, Mat Saleh, Iban, Kadazan tanpa sebab? Che Yan nampak satu perkara, Allah jadikan kita ni berbangsa-bangsa bersuku-suku sebab Allah nak kita saling kenal, belajar antara satu sama lain, dan lebih mengenali erti hidup sebenarnya. Tak mungkin kita yang bangsa Melayu tahu masakan India. Jadi, nak buat masakan India kena belajar dengan orang India la. Ilmu masakan tu ilmu jugak kan namanya? Rasanya Che Yan dah cakap panjang lebar pasal isu ni, cukuplah tu. Cuma Che Yan nak cakap, apapun pernyataan yang kita nak buat biarlah ditimbang tara dengan akal, dan hati. Jangan main redah je, kan dah timbul salah faham. Che Yan tak back up YB tu, tapi Che Yan nak inform jugak insan-insan yang keluarkan pernyataan kata bangsa ni takdak kepentingan, ketahuilah pernyataan tu jugak salah. Macam Che Yan cakap, Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. Kalau macam tu, baik Allah jadikan dalam dunia satu bangsa ja, betul tak? Apa pun, yang kita kena ada ilmu, berpandukan wahyu yang benar, al-Quran dan Sunnah. Che Yan pun masih kurang lagi ilmu, banyak lagi nak dipelajari dan dipelopori. InsyaAllah kita belajar bersama-sama, banyak manfaatnya kepada agama kita, bangsa dan tanah air kita yang tercinta.

Test Footer

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Che Yan Cerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger