Random Template

Recent Article

SIAPA?

Jam menunjukkan lewat malam. Pukul 11 malam. Namun, hanya Muhsin yang masih setia di kelasnya menghabiskan segala tugasan dan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Walaupun tiada orang lain, Muhsin memberanikan diri. Pada Muhsin, segala kerja harus siap sebelum dia pulang ke rumah untuk berehat. Muhsin bukan tidak pernah dengar cerita cerita pelik dan aneh serta menyeramkan tentang kelasnya itu, berpuluh malah mungkin beratus cerita telah didengarinya. Namun, semua itu tidak dipedulikan oleh Muhsin. Muhsin bukan tidak percaya hantu, tapi Muhsin yakin, selagi dia tidak ganggu mereka, mereka tidak akan ganggu Muhsin. Itu yang menjadikan Muhsin berani. Ketika tekun menyiapkan tugasan, tekak Muhsin terasa kering. Segera dia mencapai botol minuman yang diletak di tepi sebelah kanannya. Kosong. "Ah, air habis pulak," getus suara hati Muhsin. Dia terpaksa turun untuk ke mesin air bagi mengisi semula air. Lantas, segera Muhsin bangun dan bergerak menuju keluar kelas. Muhsin berjalan, tiba-tiba ada benda terjatuh dari meja kawannya. Muhsin terkejut sebentar. Setelah melihat barang kawannya yang jatuh dari atas meja, dia segera mengangkat dan meletakkan ditempat asalnya. Eh, aneh. "Mana mungkin benda seberat ini jatuh dari atas meja? Benda ni dekat tengah-tengah meja, bukan hujung meja", Muhsin bermonolog sendirian. Muhsin berjalan menuruni tangga. Kelasnya di tingkat satu, manakala mesin air di tingkat bawah. Sedang dia menuruni anak tangga, terdengar satu suara kecil memanggil namanya, "Muhsin", diikuti ketawa kecil. Muhsin menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Dia yakin dia mendengar suara itu dari arah belakangnya. Muhsin melangkah laju. Namun hatinya masih lagi menyuruhnnya bertenang. Selesai mengambil air, Muhsin menuju ke kelas semula. Kali ini, Muhsin tak salah lagi. Muhsin nampak dengan jelas, 'dia' sedang melompat menuju ke arah Muhsin. Dengan langkah seribu, Muhsin menuju ke kelas. 'dia' tidak mengejar Muhsin lagi. Malah tidak juga kelihatan di luar. Muhsin menarik nafas lega. Namun, Muhsin tidak mengetahui apa yang bakal menimpanya lagi. Tepat jam dua pagi, ketika Muhsin masih tekun menelaah, komputer dekstop di hadapan kelas dengan secara tiba-tiba menyala. Seolah ada yang menghidupkannya. Muhsin kali ini terpaku. Badannya seolah dicengkam dari bergerak. Dan seraya itu juga pemain muzik di komputer itu memainkan lagu. Kali ini Muhsin tidak dapat menyembunyikan ketakutan lagi. Tanpa menghiraukan kerja yang tidak siap, Muhsin berlari meninggalkan kelas dan pulang ke rumah. Muhsin berjanji, dia tidak akan berada di kelas itu hingga lewat malam lagi.

Artis Menghina Ustaz?

Meletup dan hangat cerita baru-baru ini, yang mana seorang Ustaz terkenal di tanah air telah dihentam dan dikritik secara berterusan dari pelbagai sudut dan pihak, tidak terkecuali artis-artis yang sudah berhijrah. Maka terlintas dalam fikiran untuk terus mengkaji dan meneliti isu ini agar ia dapat dijernihkan tanpa memburukkan lagi keadaan serta perhubungan antara kita. Ustaz tersebut telah dituduh menyampaikan hadis palsu dan cerita-cerita bohong dalam ceramahnya, malah video tentang ceramahnya juga tersebar luas dalam media sosial seperti Youtube dan Facebook. Jadi, terdapat seorang artis terkenal tanah air, menerusi laman facebook nya, menghentam dan mengkritik ustaz tersebut dan meminta agar kelayakan dan tauliah ustaz tersebut mengajar dan memberi ceramah diselidik semula. Pada mulanya ini tidaklah menjadi isu, tetapi ia menjadi semakin besar apabila orang ramai mula mengongsi apa yang ditulis oleh artis tersebut dan dikutuk hebat oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia. Saya memandang isu ini mudah. Setelah meneliti video yang tersebar luas di laman-laman sosial, saya dapati video itu telah diedit, yakni dipotong sekerat-sekerat dan kemudian disebarkan. Saya berpendapat, mungkin ada penjelasan di hujung video tersebut tetapi telah diedit dan dipotong bahagian tersebut, menyebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan orang yang menonton mahupun mendengar video tersebut. Allah berfirman dalam Surah al-Hujuraat ayat 6 yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman! jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum yang menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan kamu itu" Yang kedua, pada hemat saya, tidak perlu untuk menegur dengan secara terbuka, yakni di hadapan orang ramai. Mungkin ramai terlepas pandang perkara ini, maka saya tuliskan supaya kita tidak lagi mengulangi perkara yang sama. Imam as-Syafie pernah berpesan, bahawa "jika seseorang menegurmu di hadapan khalayak ramai, maka sebenarnya dia senang menghinamu. Jika dia ingin menegurmu, dia akan lakukan di tempat yang sunyi." Lihatlah akhlak yang ditunjukkan oleh seorang imam terkemuka. Adab dan perilakunya begitu menyenangkan sehingga orang yang berbuat salah masih lagi diberi penghormatan. Maruahnya masih lagi dijaga. Namun, melihat pada keadaan kita pada hari ini, kita lebih senang untuk menegur secara terbuka, kononnya mahu menunjukkan bahawa kita adalah orang yang prihatin kepadanya. Sedarlah, tidak ada manusia pun yang mahu ditegur di hadapan khalayak ramai, ini hanya membuatkan orang tersebut berasa malu lantas langsung tidak menerima nasihat. Secara tidak langsung ini berkaitan dengan ilmu psikologi dalam mendidik. Alasan yang kita guna, disebabkan dia buat salah di khalayak ramai, maka kita perlu menegurnya di khalayak ramai juga. Ini ternyata sangat salah dan harus diperbetulkan. Kita harus ingat bahawa walaupun mereka telah melakukan kesalahan, namun ini tidak bermakna mereka tidak punyai harga diri untuk dijaga. Bukankah kita disuruh menjaga aib saudara kita? Kesimpulannya, jangan cepat melatah dengan salah laku seseorang. Ya, dia mungkin salah, itu tandanya dia cuma manusia biasa. Dia bukan nabi atau rasul yang maksum, terpelihara daripada dosa. p/s : Tapi kalau dah tegur banyak kali masih lagi buat salah, nak buat macam mana? DOA. ;)

Menghidupkan Kembali Perjuangan

Beberapa purnama Che Yan menyepi, hari ini Che Yan kembali. Setelah terabai tentang perjuangan, hari ini tumpuan kita adalah menghidupkan kembali perjuangan. Berbicara soal perjuangan, ia bukanlah satu perkara mudah dan juga bukanlah satu perkara yang terlalu susah. Asal hati berkehendak, maka semuanya akan jadi. Pasti ramai tertanya-tanya apakah perjuangan yang Che Yan juangkan. Perjuangan saya adalah dalam mentamadunkan kembali bangsa Melayu yang sekian lama telah hilang jati diri mereka akibat doktrin dan jarum racun pihak musuh. Kerana racun musuh ini kita bangsa Melayu tidak lagi mampu untuk berdiri dan menentang apa yang salah, dan kita juga menjadi seeperti orang terkena sihir, yang hanya mengangguk dan menurut seperti 'pak turut'. Dan juga jarum-jarum racun ini mula menusuk hati mereka yang bergelar 'pendakwah islam'. Mereka dengan lantang menyatakan bahawa bangsa tidak penting, ia bukan sesuatu yang patut dipertahankan. Saya mula tertanya-tanya dengan diri sendiri, apakah saya yang buta agama, atau memang mereka sudah salah faham tentang kewujudan bangsa? Che Yan bukanlah orang yang mengaji pondok, mahupun belajar sampai ke negara Arab tentang ilmu Islam, tapi cukup untuk saya faham dan tahu segalanya telahpun tertulis dalam kitab suci al-Quran. Bukankah Rasulullah sendiri telah berpesan bahawa, sekiranya kita berpegang pada al-Quran dan sunnah maka kita tidak akan sesat buat selamanya? Jadi, saya ingin memetik sedikit ayat Quran tentang apa yang Che Yan bebelkan ni. Allah berfirman : "dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main (Surah ad-Dukhan ayat 38) Allah berfirman lagi; "....Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,..." (Surah ali-Imran ayat 191) Jadi, Che Yan tak faham kenapa mereka boleh kata yang kewujudan bangsa ini tidak ada kepentingan, sedangkan Allah sendiri telah nyatakan yang Dia tidak akan menciptakan sesuatu tanpa sebab. Bukankah Allah mahu kita berfikir tentang kekuasaan Dia, dan Dia mahu kita mengkaji tentang segala ciptaan-Nya? Che Yan tidak menghalang mereka dari berdakwah tentang islam, tetapi apa yang Che Yan mahukan adalah mereka menyebarkan ilmu sebenar tentang al-Quran. Che Yan tidak mahu bangsa kita terus kehilangan jati diri disebabkan oleh penyebaran fahaman sebegini. Sudah pasti agama adalah prioriti yang paling utama, tetapi pada masa yang sama, pengekalan ciri bangsa juga adalah sangat penting. Jika bangsa adalah sesuatu yang tidak penting, pastinya Allah telah pun melenyapkan atau tidak menciptakan pelbagai jenis bangsa di dunia ini jika tidak ada nilai atau faedah. Jadi, renung-renungkanlah. Jangan kita mendengar dan mengangguk, lakukan pembacaan, selidik dahulu maklumat, supaya kita tahu maklumat apa yang boleh diterima pakai, dan apa yang patut dicampak jauh-jauh dari simpanan memori kita. Tak perlu ada skrol 'degree' atau 'master' atau 'PhD' untuk tahu maklumat tu betul atau salah,apa yang kita perlu adalah akal yang mahu berfikir.

TIADA MELAYU TIADA ISLAM?

"takda melayu takda la Islam." Che Yan agak terkejut membaca satu pos yang menunjukkan seorang ahli Parlimen Langkawi yang memberi komen tersebut. Ramai yang menghentam dan mengeji pernyataan tersebut. Yelah, sekali imbas seolahnya dia nak mengatakan yang kalau Melayu ini tak wujud, tidak ada Islam. Agak berat jugak kalau itulah yang beliau maksudkan. Apa-apa pun che Yan tak cepat melatah. Che Yan terus berfikir apa sebenarnya yang beliau cuba katakan. Pening jugak kepala Che Yan nak fikir masalah ni. Tak besar pun. Tapi dah disebabkan semua orang mempersoalkan apa yang beliau nyatakan, hendak tak hendak Che Yan terpaksa jugak ambil 'port' dalam isu ni. Okay, mula-mula sekali Che Yan tengok apa yang beliau kata. ya, Che Yan setuju kalau semua orang kata pernyataan ni salah. Sebab Islam tetap akan wujud tanpa Melayu. Malah Islam tu mula-mula diturunkan di Semenanjung Tanah Arab, bukan Tanah Melayu, bukan negara China ataupun India. Kenapa? Nanti Che Yan cerita, sebab post ni bukan untuk cerita sirah Islam. Yang tu nanti kita buat post lain. Kalau kita belajar undang-undang (law), kita akan belajar tentang Artikel 160 yang memberi definisi siapa Melayu. Dalam Artikel 160, Melayu didefinisikan sebagai mereka yang beragam Islam, bercakap bahasa Melayu dan mengamalkan adat kemelayuan. Jangan marah, jangan mengeji, tapi baca dahulu. Macam ni, ada sebab kenapa nenek moyang kita dulu sibuk-sibuk nak letak Melayu itu sebagai beragama Islam, seolah nenek moyang kita nak kata Islam tu untuk Melayu. Percaya atau tidak, sebenarnya apa yang nenek moyang kita nak dulu bukanlah Islam itu sebagai hak eksklusif orang atau bangsa Melayu, tapi apa yang mereka cuba buat adalah untuk mempertahankan Islam. Bagaimana? Sebenarnya bangsa Melayu adalah bangsa yang dalam sejarahnya memang hebat, dan mempertahankan Islam. Fakta ini jugak diakui oleh Farah Adeeba, personaliti TV9 dalam satu program di UIA baru-baru ni. Tak semua orang tahu kan fakta ni? Ini diakui sendiri oleh seorang crew sebuah rancangan televisyen terkemuka, "Jejak Rasul". Menurut beliau, sejarah bangsa Melayu sebenarnya telah dilarikan oleh orang Barat supaya kita tidak tahu asal usul kita yang sebenarnya, dan bangsa Melayu yang ada di Tanah Melayu kemudiannya di-doktrin dengan ideologi bahawa Melayu ini adalah bangsa yang lemah, yang mundur dan tidak punya agama. Salah, semua tu salah. Menurut crew rancangan tv ni lagi, sejarah Melayu yang tersimpan disebuah perpustakaan di Eropah, dijadikan rujukan eksklusif, maknanya tidak semua orang boleh akses kepada sumber tersebut. Nah, disebabkan kehebatan Melayu inilah nenek moyang kita meletakkan Melayu itu sebagai yang beragama Islam, dengan tujuan mereka dapat memelihara dan mempertahankan agama Islam. Tapi, anasir jahat Barat ini lebih bijak. Dah dilarikan sejarah kehebatan Melayu, maka diajar pulak doktrin yang tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa. Sedangkan dia sendiri berbangga menjadi bangsa Barat, berbangga menjadi warganegara sesebuah negara. Nah, kita dilemah dan terus dilemahkan lagi dengan anasir-anasir Barat. Secara tidak langsung, bila kita tidak lagi merasakan yang kita ni sama, sebangsa seagama, maka perpecahan berlaku. Hakikatnya dah berlaku pun. Kita semua boleh lihat dengan jelas perkara ni. Che Yan bukanlah nak sokong pernyataan YB tu, tapi hakikatnya Che Yan nak cakap, kalau kita sesama Melayu berpecah, siapa lagi yang nak mempertahankan Islam kat Malaysia ni? Kita sibuk bergaduh sama-sama kita katanya Islam bukan untuk Melayu semata-mata la, Islam untuk semua la, UMNO perosak Islam la, hakikatnya apa yang kita dah buat untuk pastikan Islam tu kukuh kat Malaysia ni? Adakah dengan kata-kata kita yang cakap Islam tu bukan untuk Melayu semata-mata, UMNO perosak Islam, Islam tu dapat berkembang luas? Tak dan jawapannya sampai bila-bila pun tak. Malah orang bukan Islam kat Malaysia ni menyampah dengan Islam sebab tengok perangai kita. Pernah tak kita fikir benda tu? Mesti tak pernah kan? Kalau tak salah Che Yan, Rasulullah S.A.W. sendiri mengajar kita kalau nak berdakwah ni bukan dengan kata-kata saja, tingkah laku, budi bahasa semua mainkan peranan penting dalam menyebarkan Islam kepada orang lain. Orang yang kata bangsa tiada nilai, Allah takkan tanya pun kita bangsa apa, Che Yan nak tanya dengan dia, habis tu kenapa Allah jadikan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa? Kan Allah dah kata, yang Dia tidak akan jadikan sesuatu tu dengan sia-sia? Jadi, sapa berani kata bangsa ni takdak nilai, takdak fungsi? Mustahil Allah tetapkan dalam dunia ni ada bangsa Melayu, Cina, India, Arab, Mat Saleh, Iban, Kadazan tanpa sebab? Che Yan nampak satu perkara, Allah jadikan kita ni berbangsa-bangsa bersuku-suku sebab Allah nak kita saling kenal, belajar antara satu sama lain, dan lebih mengenali erti hidup sebenarnya. Tak mungkin kita yang bangsa Melayu tahu masakan India. Jadi, nak buat masakan India kena belajar dengan orang India la. Ilmu masakan tu ilmu jugak kan namanya? Rasanya Che Yan dah cakap panjang lebar pasal isu ni, cukuplah tu. Cuma Che Yan nak cakap, apapun pernyataan yang kita nak buat biarlah ditimbang tara dengan akal, dan hati. Jangan main redah je, kan dah timbul salah faham. Che Yan tak back up YB tu, tapi Che Yan nak inform jugak insan-insan yang keluarkan pernyataan kata bangsa ni takdak kepentingan, ketahuilah pernyataan tu jugak salah. Macam Che Yan cakap, Allah takkan jadikan sesuatu perkara sia-sia. Kalau macam tu, baik Allah jadikan dalam dunia satu bangsa ja, betul tak? Apa pun, yang kita kena ada ilmu, berpandukan wahyu yang benar, al-Quran dan Sunnah. Che Yan pun masih kurang lagi ilmu, banyak lagi nak dipelajari dan dipelopori. InsyaAllah kita belajar bersama-sama, banyak manfaatnya kepada agama kita, bangsa dan tanah air kita yang tercinta.

Review Movie: Paku Pontianak.

Review Movie: Paku Pontianak.

Time dia menari ni agak scary lah. 

Semalam Che Yan berkesempatan menonton Filem Paku Pontianak karya Sutradara Ismail Bob Hashim. Pelakonya pula adalah Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Jalan Cerita Simple: Di awal cerita Adam langgar awek cun.... Instead of bawa awek cun gi hospital bawak awek cun balik rumah... pastu jadikan awek Cun sebagai family kerana awek cun tak ingat diri sendiri... pastu Adam kawin dengan awek cun, walaupun awek lamanya marah dan sihir-sihir sikit kat Adam (tapi tak jalan). Pastu tahu awek cun tu pontianak rupenya.. Pastu Adam cabut paku, awek tu jadi ponti dan terbang keluar rumah. Lepas tu Adam kene sergah dengan awek cun tersebut. Rupe-rupenya Adam bermimpi. Tapi ada pontianak main buaian kat luar rumah Adam.

Another addition to the lovely pontianak family. 


Aduhai: Jalan cerita simple tapi lembap sangat. Tak faham ending. Samada ni semua mimpi atau realiti. Pengembangan karakter tak da langsung. Pak Salleh tu patutnya dihantar ke hospital sebab dia punya tumor dah melampau sangat dah tu.

Ok lah: Uqasha Senrose yang comel telah menyelamatkan cerita ini daripada saya tertidur. :) Efek pun agak ok lah.


LEGENDA KUM KUM





Hari ni nak cerita sebuah legenda. Bukan Legenda Taming Sari, mahupun Legenda Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi namanya pernah menjadi legenda dalam masyarakat Melayu.

  Satu ketika dahulu kita pernah dimomokkan dengan kewujudan Hantu Kum Kum. Namanya tak se-popular Pontianak, Langsuir, Toyol atau Hantu Raya, tapi namanya cukup untuk menggerunkan kita semua.

  Sebelum kita bercerita lanjut pasal legenda si Hantu Kum Kum ni, jom kita teliti serba sedikit latar belakang beliau. Kum Kum berasal dari (bukan dilahirkan) seorang perempuan yang katanya menuntut ilmu hitam untuk menjadi cantik selama-lamanya.Tapi dek kerana melanggar pantang larang, maka bertukarlah ia menjadi hantu yang digambar dan digembar-gemburkan sebagai hantu yang menutup seluruh anggota badannya sehingga tinggal dua biji mata sahaja. Katanya untuk memulihkan kembali dia ke bentuk asal, dia hendaklah mendapatkan 100 (tak tahu pulak botol ke, mangkuk ke) darah perempuan yang masih dara. Jadi, setiap malam hantu ini akan merayau-rayau mengetuk rumah-rumah orang yang ada gadis dara dan memberi salam lebih kurang macam ni bunyinya "assalamualaikum kum." Barangsiapa yang menjawab salam lalu membuka pintu maka tamatlah riwayatnya menjadi habuan si Hantu Kum Kum. 

  Hasilnya, ramailah orang yang takut nak buka pintu bila orang datang ke rumah. Tak kurang pula yang mengusik dengan memberi salam serupa dengan hantu tersebut. 




  Apakah wujud Hantu Kum Kum? Sebenarnya Hantu Kum Kum ini adalah satu bentuk kesedaran dalam masyarakat tentang Islam. Pada ketika itu, kesedaran untuk menutup aurat semakin meningkat. Maka ramai dari kalangan gadis-gadis yang mengenakan tudung labuh dan ada juga yang berjilbab. Bila golongan ini memulakan pemakaian yang sedemikian, maka ada golongan yang pakai mini skirt dan rambut dilepaskan ala-ala iklan syampu Pantene terasa hati. Maka sengaja diwujudkan imej Hantu Kum Kum yang menutup keseluruhan badan kecuali dua biji mata sebagai tanda tidak puas hati mereka terhadap golongan yang bertuduh labuh dan berjilbab, supaya imej mereka rosak pada pandangan masyarakat.

  Kesimpulannya, Kum Kum kini tinggal legenda, sebuah mitos masyarakat Melayu. Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


Test Footer

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Che Yan Cerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger