Home » » Menghidupkan Kembali Perjuangan

Menghidupkan Kembali Perjuangan

Beberapa purnama Che Yan menyepi, hari ini Che Yan kembali. Setelah terabai tentang perjuangan, hari ini tumpuan kita adalah menghidupkan kembali perjuangan. Berbicara soal perjuangan, ia bukanlah satu perkara mudah dan juga bukanlah satu perkara yang terlalu susah. Asal hati berkehendak, maka semuanya akan jadi. Pasti ramai tertanya-tanya apakah perjuangan yang Che Yan juangkan. Perjuangan saya adalah dalam mentamadunkan kembali bangsa Melayu yang sekian lama telah hilang jati diri mereka akibat doktrin dan jarum racun pihak musuh. Kerana racun musuh ini kita bangsa Melayu tidak lagi mampu untuk berdiri dan menentang apa yang salah, dan kita juga menjadi seeperti orang terkena sihir, yang hanya mengangguk dan menurut seperti 'pak turut'. Dan juga jarum-jarum racun ini mula menusuk hati mereka yang bergelar 'pendakwah islam'. Mereka dengan lantang menyatakan bahawa bangsa tidak penting, ia bukan sesuatu yang patut dipertahankan. Saya mula tertanya-tanya dengan diri sendiri, apakah saya yang buta agama, atau memang mereka sudah salah faham tentang kewujudan bangsa? Che Yan bukanlah orang yang mengaji pondok, mahupun belajar sampai ke negara Arab tentang ilmu Islam, tapi cukup untuk saya faham dan tahu segalanya telahpun tertulis dalam kitab suci al-Quran. Bukankah Rasulullah sendiri telah berpesan bahawa, sekiranya kita berpegang pada al-Quran dan sunnah maka kita tidak akan sesat buat selamanya? Jadi, saya ingin memetik sedikit ayat Quran tentang apa yang Che Yan bebelkan ni. Allah berfirman : "dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main (Surah ad-Dukhan ayat 38) Allah berfirman lagi; "....Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,..." (Surah ali-Imran ayat 191) Jadi, Che Yan tak faham kenapa mereka boleh kata yang kewujudan bangsa ini tidak ada kepentingan, sedangkan Allah sendiri telah nyatakan yang Dia tidak akan menciptakan sesuatu tanpa sebab. Bukankah Allah mahu kita berfikir tentang kekuasaan Dia, dan Dia mahu kita mengkaji tentang segala ciptaan-Nya? Che Yan tidak menghalang mereka dari berdakwah tentang islam, tetapi apa yang Che Yan mahukan adalah mereka menyebarkan ilmu sebenar tentang al-Quran. Che Yan tidak mahu bangsa kita terus kehilangan jati diri disebabkan oleh penyebaran fahaman sebegini. Sudah pasti agama adalah prioriti yang paling utama, tetapi pada masa yang sama, pengekalan ciri bangsa juga adalah sangat penting. Jika bangsa adalah sesuatu yang tidak penting, pastinya Allah telah pun melenyapkan atau tidak menciptakan pelbagai jenis bangsa di dunia ini jika tidak ada nilai atau faedah. Jadi, renung-renungkanlah. Jangan kita mendengar dan mengangguk, lakukan pembacaan, selidik dahulu maklumat, supaya kita tahu maklumat apa yang boleh diterima pakai, dan apa yang patut dicampak jauh-jauh dari simpanan memori kita. Tak perlu ada skrol 'degree' atau 'master' atau 'PhD' untuk tahu maklumat tu betul atau salah,apa yang kita perlu adalah akal yang mahu berfikir.
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

Test Footer

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Che Yan Cerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger