Recent Article

Video Adat Berkasih: Achik Spin dan Nana Ada Hanto?



Terkejut juga Che_Yan bile tengok Video ni.. Che Yan bukan seorang yang suke lagu-lagu jiwang karat, tetapi video Nana dan Achik Spin ni memang buat Che Yan terpaku dan terpana seketika. Gler lah. Dalam video ni ada hantu sekor.. Macam JU-ON skit2 lah..

Hudud Dari Pandangan Abuya



BUKU : Falsafah Perlaksanaan Hukum Hudud Dalam Masyarakat 1992
1. MUKADDIMAH

Saya ingin turut memperkatakan tentang persoalan yg mencabar ini. Walaupun selama ini saya kelihatan dingin terhadap persoalan HUDUD dan QISAS itu, namun selaku umat Islam yang bercita-cita memperjuangkan hukum-hakam ALLAH secara lengkap, saya sebenarnya mempunyai pandangan tersendiri tentang bagaimana mungkin hukum ini dapat dilaksanakan. Diam tidak bermakna tidak mahu dan tidak tahu. Membisingkan sesuatu kalau bukan pada tempatnya, tidak juga akan membawa hasil yang baik. Selama ini saya membisu terhadap persoalan ini ialah kerana pada saya, untuk melaksanakan nahi mungkar agar manusia jadi baik, hudud bukanlah langkah pertamanya.

Selamat Tinggal Umairah



Kelas pada malam itu berakhir pukul 10.00 malam. Setelah mengemas barang-barang untuk pulang, Ahmad berjalan menuju ke perhentian bas yang disediakan di dalam kolej.

Rumah Hantu Di Shah Alam



Ok...Ok... Mungkin ramai dah tahu tentang Cerita Rumah Hantu Di Shah Alam, di mana budak-budak yang dok menyewa kat situ meninggal dunia kerana dikacau hantoooo...

CHE YAN NAK CERITA PASAL HANTU SKET...


Salam...

Sebelum mengomel lebih panjang, Che Yan nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka kepada semua rakan-rakan pembaca di SembangCheYan.blogspot.com.

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Kenapa Saya Benci Persatuan Peguam?



Seorang guru pernah berkata kepada penulis "Peguam ni kaki sebelah dah confirm masuk neraka".

Penulis tak mahu komen kenyataan tersebut, tetapi kalau dilihat dengan keadaan Persatuan Peguam Malaysia (Bar Council) memang betul lah.

Tanggungjawab seorang peguam adalah bukan untuk menang kes. Tetapi untuk mencari KEADILAN!

Apa yang telah dilakukan oleh Ambiga Seevanesan (Bekas Presiden Persatuan Peguam) sendiri adalah seorang penganut fahaman jahanam yang boleh merosakkan bangsa.


  • 1963-1963: Johannes Kerkorel
  • 1963-1964: S. M. Yong
  • 1964-1973: R. R. Chelliah
  • 1973-1974: Chan Hua Eng
  • 1974-1976: V. C. George
  • 1976-1978: Raja Aziz Addruse
  • 1978-1980: Abdullah A. Rahman
  • 1980-1982: G. T. S. Sidhu
  • 1982-1984: S. Sivasubaramaniam
  • 1984-1986: Ronald Khoo
  • 1986-1988: Param Cumaraswamy
  • 1988-1989: Raja Aziz Addruse
  • 1989-1991: S. Theivanthiran
  • 1991-1992: Manjeet Singh Dhillon
  • 1992-1993: Raja Aziz Addruse
  • 1993-1995: Zainur Zakaria
  • 1995-1997: Hendon Haji Abdullah
  • 1997-1999: Cyrus V. Das
  • 1999-2000: R. R. Chelvarajah
  • 2000-2001: Haji Sulaiman Abdullah
  • 2001-2003: Mah Weng Kwai
  • 2003-2005: Kuthubul Zaman Bukhari
  • 2005-2007: Yeo Yang Poh
  • 2007-2009: Ambiga Sreenevasan
  • 2009-2011: Ragunath Kesavan
  • 2011-present: Lim Chee Wee




Hanya 7 Orang sahaja orang Islam? Hmmm... Fikir-fikirkanlah apa yang sedang berlaku.... 

Kesian orang-orang Melayu/Islam... Diperkotak katikkan oleh bangsa lain dalam profession paling kontroversi dalam dunia....

Bar Council adalah penyokong LGBT! Penyokong Peliwat Tegar Seperti Anwar Ibrahim! Mengalihkan Perhatian Rakyat Daripada Pembunuh Sebenar Teoh Beng Hock! Memburukkan PDRM! Dan Yang Paling Hina Sekali! Sentiasa Merendahkan Agama Islam dan Mempromosikan Pluralism Agama (IFC)! 

Agaknya cerita Devil's Advocate itu ada sedikit benarnya!!!! 




Semua peguam dalam segala jenis firma adalah ahli Bar Council... Merekalah (Bar Council) yang memegang kuasa untuk membenarkan samada seseorang itu boleh "mengamalkan" undang-undang atau tidak... Jika tiada perkenan Bar Council tiada seorang pun boleh menjadi pengamal undang-undang (kecuali pekerja kerajaan seperti Federal Council atau Pendakwa Raya).


Bar Council telah hancur dipecahkan oleh Syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia.

Mereka menggunakan undang-undang untuk menghapuskan REALITI !!!!

Bak kata Al Pacino dalam Cerita The Devil's Advocate: 

"Because the law, my boy, puts us into everything. It's the ultimate backstage pass. It's the new priesthood, baby. Did you know there are more students in law school than lawyers walking the Earth?"





Mahkamah VS Politik Pakatan Haram




Pada mulanya Che Yan tidak mahu menyentuh bab-bab kehakiman dan perundangan di Malaysia. Apatah lagi menyentuh sebuah kes yang boleh dikatakan penuh kontroversi. Bukan kerana takut dikenakan tindakan menghina mahkamah, tetapi Che Yan yakin akan sistem perundangan yang diamalkan di Malaysia.
Kontroversi berkenaan kes rogol bawah umur sememangnya telah menjadi buah mulut orang ramai. Ada diantara penyokong pembangkang ingin mengambil peluang untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional, terutamanya Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Ini adalah kerana pada hemat mereka kerajaan tidak menjatuhkan hukuman yang berat kepada si pesalah.

Oleh kerana ditujah dengan pelbagai tomahan oleh pembangkang, kebanyakkan penyokong kerajaan kelu lidah untuk membela kerajaan. Namun, kita perlu menerangkan apa-apa keputusan yang dibuat oleh mahkamah, tiada kena mengena dengan kerajaan pemerintah.
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang mengamalkan pembahagian kuasa. Tiga kuasa yang tersebut adalah perundangan, eksekutif dan kehakiman bergerak secara berasingan. Salah satu daripada cabang ini tidak boleh masuk campur dalam apa-apa hal yang dipersetujui di antara satu sama lain. Secara asasnya “separation of powers” atau pembahagian kuasa telah digunapakai untuk memastikan konsep “check and balance” , semak dan seimbang dapat dijalankan dengan sewajarnya.
Nampaknya ramai diantara penyokong pembangkang yang keliru akan hal ini. Kekeliruan ini jelas apabila mereka menyalahkan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kepimpinan Barisan Nasional atas keputusan kontroversi dua kes rogol bawah umur (statutory rape) yang telah diputuskan oleh mahkamah.

Kemarahan ini pada pendapat Che Yan adalah normal, kerana hukuman yang dikenakan tampak seperti terlalu ringan. Tetapi untuk menyalahkan pihak eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri adalah satu langkah yang tidak tepat.
Tidak lama dahulu semasa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pihak kehakiman dikatakan telah dikawal oleh pihak eksekutif. Maka timbullah cerita tentang bagaimana pihak eksekutif memperalat kehakiman untuk kepentingan mereka. Tetapi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan, mereka terus memuji-muji pihak kehakiman.
Kita perlu faham, bukan eksekutif yang perlu dipersalahkan atas hukuman yang dikeluarkan oleh mahkamah. Mahkamah adalah sebuah entiti sendiri yang tidak berkaitan dengan agenda politik mana-mana pihak. Kerajaan tidak mengawal mahkamah, dan mahkamah tidak mengawal kerajaan. Segala keputusan berdiri atas kehendak sendiri, kerana itulah asas kepada konsep demokrasi.

Perlu juga diingatkan bahawa Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria telah menyatakan bahawa semakan dan rayuan boleh dilakukan terhadap kes tersebut. Tetapi kerana tidak mahu bertindak sub prejudice beliau tidak mengulas lanjut tentang perkara tersebut.
Pada hemat Che Yan, isu kontroversi ini tidak perlu diulas oleh pihak pembangkang, kerana ia akan menampakkan kebodohan mereka. Apa yang boleh kita buat sebagai rakyat yang inginkan keadilan, haruslah kita berdoa agar pihak Peguam Negara menyegerakan proses rayuan.

Body Guard Pondan Anwar Ibrahim!


Sebagai seorang Pemimpin, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya mengikat "juak-juaknya". Jangan sampai membuat sesuatu perkara yang menyusahkan dirinya sendiri.

Hmmm... Fetish agaknya.... Pistol letak dianunya...kehkehkeh....

Nak bunuh orang je kejenye...

Nasib tak tertembak sapa-sapa...

Kalau tertembak diri sendiri atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bagus jugak....

Test Footer

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2013. Che Yan Cerita - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger